Info Ibu Ayah
11 Fakta Penting Tentang Najis Bayi Kita Yang Semua Mak Ayah Wajib Tahu
1. Bab najis baby jangan pandang sebelah mata ye. Mak ayah kena belajar jugak pasal benda ni. Ciri-ciri najis dan kekerapan baby membuang tu sebenarnya boleh jadi petunjuk tahap kesihatan sebenar si comel kita.
2. Kebiasaannya baby yang baru lahir dia akan buang najis tu dengan agak banyak dan agak kerap. Mak ayah semua boleh tengok untuk beberapa hari yang pertama, najis tu warnanya hijau tua atau kehitaman (meconium).
3. Lepas baby dah mula kerap menyusu, nanti najis tu akan start berubah. Mana yang fully breastfeed, selalunya kekerapan buang najis dalam 5 ke 6 kali sehari dan ianya lebih cair berbanding bayi yang minum formula milk.
4. Namun secara umumnya, memang najis bayi berumur kurang dari 6 bulan akan lebih cair berbanding bayi yang lebih berusia. Nk buat macam mana, dah makanan dia kalau tak susu ibu, susu formula. Dua jenis tu je lah.
5. Okay, ada beza ye konsistensi najis baby kita yang fully breasfeed dengan baby yang minum susu formula. Yang breasfeed tu najis selalunya berketul kecil, lebih cair dan warna kuning ala-ala marjerin.
Manakala bayi yang diberi formula milk najisnya sedikit pekat lebih kurang seperti campuran sos mustard dan cottage cheese.
6. Mak ayah kena tahu yang kekerapan buang najis berbeza antara bayi. Ada yang kerap sangat sampaikan setiap kali lepas menyusu je terus berak. Yang jarang sampai 3 hari sekali pun ada tau.
7. Cuma yang kita kata baby sembelit tu kalau najis dia keras dah macam batu kecil (pellet-like stools).
Tapi parent kena perhatikan jugak. Kadang tu baby sembelit tapi yang mengalir keluar najis cair sebab najis cair tu dapat melepasi najis keras dalam usus. Antara tanda lain sembelit ni boleh buatkan najis anak berdarah.
8. Baby ni kadang very tricky sebenarnya. Nampak macam meneran dan sakit masa buang najis tapi tak sembelit pun sebenarnya.
Dia jadi macam tu sebab baby kita masih tak pandai nak gunakan otot bahagian abdomen untuk tolak keluar najis. Tambah pulak tak ada tarikan gravity sebab bayi kan asyik dalam keadaan baring je.
9. 3 faktor yang selalu buatkan masalah sembelit ni boleh jadi sebab masalah dehydration, pertukaran susu daripada susu ibu tukar ke susu formula atau pun boleh jadi jugak sebab baby baru mula makan makanan pelengkap (weaning diet).
Faktor lain mungkin berpunca dari masalah usus, hormonal deficiency atau ubat-ubatan.
10. Bila najis si comel jadi lebih cair daripada biasa dan jadi lebih kerap, dia mungkin tengah mengalami diarrhea. Boleh jadi sebab virus, bakteria, alahan pada makanan atau susu lembu dan boleh jadi berpunca dari side effect ubat.
Masa baby tengah demam selsema, lagilah boleh nampak kadang tu najis ada banyak sangat lendir.
11. Jadi kalau mak ayah rasa baby tengah cirit birit, tolong pastikan dia minum banyak ye untuk replace balik apa yang dah keluar tu.
Tapi jika dah sampai ada tanda-tanda baby kita dehydrated – tak aktif, dua-dua belah mata jadi cengkung, air mata pun kurang macam nak kering je masa dia menangis dan amount kencing pun berkurangan, cepatlah bawa jumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.
Ulasan
Catat Ulasan